Friday 22 April 2011

SMATAAP bukan seteruk yang disangka

(anda bolah skip jika anda mahu)  
   Seperti yang anda pernah baca(atau tak),seseorang telah menulis blog yang menyatakan bahawa SMATAAP dan guru-gurunya tidak bertanggungjawab.Pada saya, orang yang tulis tulah yang tak bertanggungjawab.kalau tak suka sekolah ni, diam-diam sudah, takyah nak merosakkan nama sekolah orang lain...

(Sila baca) 
  Saya sebagai warga SMATAAP ingin menyatakan bahawa sekolah ini memang ada baik buruknya sebagaimana sekolah-sekolah lain seperti SMKA Lati, Pasir Mas, SMKA Falahiah Pasir Pekan, SMKA Melur, SMKA Wataniah di Machang, SMKA Tok Bachok termasuklah Sekolah Menengah Agama Naim Lilbanat.Saya boleh katakan sebegini kerana adik saya berada di salah satu dari sekolah-sekolah ternama di atas dan sedang berada di tingkatan 1.

  Kalau nak dibandingkan SMATAAP dengan Sekolah Naim Lilbanat, SMA Naim Lilbanat hanya akan memilih pelajar-pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR.Selain itu, mereka juga memilih pelajar-pelajar yang mempunyai keputusan yang dikira tertinggi.Tetapi SMATAAP pula pilih pelajar yang mendapat antara 3 hingga 5A dalam UPSR.Jadi, logik lagi boleh diterima akallah kalau pelajar-pelajar SMATAAP yang mendapat semua A dalam PMR dan SPM itu lebih kurang kuantitinya daripada SMA Naim Lilbanat dan sekolah-sekolah lain.

   Di SMATAAP, bukan sahaja pelajar-pelajar yang mendapat 5A UPSR, malah ada juga pelajar-pelajar yang mendapat kurang daripada 5A juga memperoleh 9A PMR.Jika sekolah-sekolah lain yang saya nyatakan di atas yang mana pelajar- pelajarnya mendapat 9A, memanglah mempunyai kuantiti pelajar yang banyak dari sekolah ini kerana mereka sememangnya sudah tergolong dalam golongan yang pandai lagi bijaksana.Kalau difikirkan semula, kita/anda akan mendapati bahawa SMATAAP mempunyai potensi yang banyak bagi menaikkan lagi nama sekolah mereka.

   Selain pelajar, guru-gurunya juga berusaha dengan sedaya upayanya untuk memartabatkan nama sekolah ini.Jika bilangan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan "A"  adalah rendah atau sedikit, itu tidak bermakna guru-guru di sekolah ini tidak cekap ataupun tidak mempunyai kesungguhan dan mereka juga bukanlah mengajar semata-mata untuk mendapat gaji.

    Guru-guru juga telah memberi latihan yang lebih dari yang secukupnya dan telah membuka 'kaunter pertanyaan' bagi pelajar-pelajar yang kurang atau tidak faham.Guru-guru juga mempunyai sebab untuk tidak masuk ke kelas.Contohnya adalah kerana mereka sedang bepantang atau cuti bersalin.Guru-guru yang bertanggungjawab juga telah memaklumkan kepada pihak JPN dan mereka telah menghantar guru pengganti buat sementara waktu.
   
   Tetapi saya juga setuju jika anda mengatakan sekolah ini mengajar untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran, tetapi anda jangan salah faham kerana sekolah ini berkejar-kejaran untuk perperiksaan.Jika sukatan tersebut telah habis, mereka akan mengulangkaji semula apa yang mereka telah belajar.Dalam masa inilah guru-guru akan menyemak tahap kefahaman pelajar.Tetapi, jika pelajar-pelajar itu masih tidak faham, itu adalah kesalahan pelajar itu sendiri kerana tidak berusaha untuk memahami dengan bertanya kepada rakan-rakan atau guru-guru.

   Sekarang, sekolah ini telah mempertingkatkan prestasinya.Jika dulunya pelajar yang mendapat nombor 1 dalam tingkatan dua mendapat 4A dan kebawah, sekarang nombor 1 telah diambil alih oleh pelajar yang mendapat 8A.Contohnya, pada perperiksaan awal tahun 2011, Nur Afifah dari kelas pertama telah mendapat nombor 1 dalam perperiksaan dengan keputusan 9A.Jika Dilihat dari pencapaiannya, markah Nur Afifah bukanlah berada di atas pagar malah keputusannya amat menberangsangkan.
(BERSAMBUNG...